Pages

Friday, February 12, 2010

no title

Dah dua hari sebenarnya aku terasa nak update entry baru kat sini tapi asyik tak jadik je. Nak kata aku busy giler tak. Nak kate takde masa pon tak jugak. Asyik dok melepak kat depan tv selama tiga hari. Idea tu ade tapi tak mampu untuk diluahkan (ayat novel sket)

Akhirnya aku update blog pada jam 2 pagi dengan entry aku merepek ni haha.

Lately, aku agak terasa or kecik hati or makan hati dengan beberapa kawan aku yang dipanggil rapat kan. Tak tau lah sebab ape aku cepat terasa. Nak kata banyak sangat aku telan ajinamoto tak jugak. Jarang makan kat luar dan masak pon tak guna menda alah tu. Tapi aku rase macam diorang dah jadik ignorant dalam benda-benda yang aku rasa penting tapi diorang pandang remeh.

Dulu cakap kite kawan rapat. Sekarang?? Cehh cakap-cakap sifar. Jelik. Meluat.

Dan sekarang dah jadik orang yang memilih kawan. Adoii...ape lah korang ni? Kadang-kadang bila aku pikir-pikir balik, kawan yang dulu baik, selalu makan sesama, selalu keluar lepak-lepak dah tak jadik kawan yang macam tu. Kawan yang dulu aku tak berapa baik, yang aku gaduh, yang aku tarik muka, sekarang dah jadik geng lepak sesama, geng tengok wayang dan macam-macam lagi.

So, konklusinya? Berpada-pada lah kita dalam bersahabat. Jangan benci orang sesuka hati. Peringatan pada aku sendiri. Sesapa yang nak turut beringat pon dipersilakan.


mental note: they say ''friendship forever'' but I say ''friensdship forever as long as you want it''



Have a nice tomorrow :)

3 comments:

Aznyda said...

Tu la. Dulu kita tak baik dengan *** tapi sekarang siap tengok wayang sama-sama beb! haha

~ento~ said...

ada benarnya.
semua tu pengalaman.

^arina^ said...

Nyda: yes, u are rite!

Ja: pengalaman mengajar kan